~Love Riben??~

~About Me~

My Photo
*Paradise Island, *Green Apple Farm, Malaysia
pemerhati burung camar yang terbang tinggi di awan biru, bebas dan riang membelah awan.. all about whatshewannatalk..

Thursday, May 23, 2013

:: Detik 2 pagi ::

Salam.
biasalah bila update tgh malam..
petanda sesi burung hantu bermula lagi.
dah malas nk cakap..
kata org.. setelah seminggu berlalu..
tak kan tak redha lagi kan?
pasrah je lah.
dalam keheningan malam.
duduk dalam ruang kotak empat segi.
hanya bertemankan sebuah keyboard dan monitor di meja.
ada 2-3 insan yang turut hanyut melawan kantuk sendiri..
dan diri ini..
hanya mampu mengetuk keyboard mencipta karya detik 2 pagi..
Alhamdulilah.
Mak dan Ayah angkat tersayang, dah selamat kembali ke tanah air.
Moga mereka diberkati Allah selalu.
Moga setiap doa kiriman di Kaabah dimakbulkan Allah.
Jauh disudut hati agak terkilan dan ralat sedikit bila amanah yang dijaga x sempurna bila dikembalikan. Moga diberi kesihatan yang terbaik buat bgcik..
Kak Iyra doakan bgcik kembali sembuh dan keluar ward cepat2 ye.. 
soal hati..?
memang sukar dimengerti.
tapi tiada paksaan dalam Islam.
cuma kini.. ku pergi.. kau kembali.
erkk~ fenin mak enon!!
daki yg degil harus disental..
Perempuan Datang Atas Nama Cinta
susuk ganjil mencari pemilik rusuk kiri..
Dari Mata Seorang Hawa
Ada Apa Dengan Cinta ? 
satu nyawa. satu impian. satu harapan.
Marilah menuju kejayaan..
Marilah menuju penghijrahan..
Marilah menuju pengakhiran sebuah penantian..
dalam dua pertiga malam..
ku sujud menyerah jawapan pada persoalanmu.

"Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud"

p/s: kalo elok rentaknya adakah gendang tak mampu berlagu?
 mungkin hasil tariannya mampu menghibur hati..
walau muziknya kedengaran sumbang bagi sesetengah mereka.. 

Monday, May 20, 2013

:: My Life is wonderful.. ::

Happy Monday u'ols..
Salam..
hari ini shift petang.
ouh ye.. esok my Mak a.k.a Kakcik Seroja
akan kembali ke tanah air dari menunaikan umrah.
InsyaAllah.. 
saya akan serah tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik2nya..
my weekend dah x macam weekend sebenar.
minggu ini kerja malam lagi..
selamatttttt bersengkang mata..
nyum nyum nyum..
asyik merungut dan merungut..
lama2 rasa serabut sendiri..
so, baik diam dan telan sendiri..
takpelah.. bukan #inikalilah..
tapi kita katakan #lainkalilah...
untuk hal lain.. 
usha2 hidu2 rezeki di mana2..
selagi ada, hargai seadanya..
Alhamdulilah..
nini celup2 dah tak ada..
sekarang ada jenama baru.
yan yan namanya,
kalo tengok luarnya..
macam kurang menarik sangat la..
tapi rupanya isinya sgt berkualiti..
ada funwords..
wo, kanak-kanak ribena boleh belajar..
sesuai jugak la dari nak rasa membazir kan..
ada macam2..
kang di ambil gambar satu persatu dah tak de keje la namanya.
nak tau? beli la sendiri..
hehehehe...

p/s: minggu ini burung hantu kembali beraksi..

Saturday, May 18, 2013

:: Cantiknya si Comot makan choki-choki ::

salam sabtu..
ye, saya bekerja..
come on Iyra..
get a life!~
saja nak update blog..
hehe~


Monday, May 13, 2013

:: Serabut bila kehidupan tidak normal ::


Salam...
Dear All,
hidup saya lintang pukang..
bila masa x senormal org lain.
bila masuk team baru..
meja baru..
tempat baru..
suasana baru..
dan geng2 baru..
baru saya nak sedar..
saya x hepi dengan semua ini..
*sigh*
cuba bertahan..
masih lagi bertahan..
please..
pleaseeee.. 
pleaseeeee... 
ada untung rezeki lebih jum kita melangkah pergi..
mode = merajuk.. 


Sunday, May 12, 2013

:: Selamat Hari Ibu 2013 ::

Salam..
sempena hari ibu yang disambut seluruh dunia..
mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua wanita yang bergelar ibu.
Moga mereka dilindungi dan diberkati Allah selalu.
Kasihnya ibu tiada pengganti..
syukur Alhamdulilah..
saya dapat menumpang kasih dengan wanita2 yang bergelar ibu..
moga mereka sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.

hidup tidak normal?
ye, saya sedang sesuaikan diri dengan iklim baru..
nanti saya update lanjut ye..
take care u'ols...

Monday, April 29, 2013

:: Bermasam Muka? ::

Model Gambar: Rizq Mutalib dan Tich Mutalib.

Salam Isnin rakan-rakan yang disayangi.
Maaf lah blog ini menyepi seketika..
Tuan Umah kekeringan idea nk menulis.
pernah tak rakan-rakan bermasam muka?
Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,
Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.
Memang benar, Islam melarang bermasam muka sesama saudara seagama. Perkara ini berlaku kerana salah faham yang tidak disengajakan atau sebaliknya. Oleh itu, jalinkan kembali ikatan persaudaraan itu.
Mengenai kenyataan artikel itu, saya kurang pasti kesahihan riwayat yang dinukilkan. Yang pasti, setiap orang yang melakukan dosa pasti dihumban ke Neraka sama ada mengumpat, mencaci, menyakiti hati orang, menjatuhkan maruah seseorang dan sebagainya. Paling penting, segera bertaubat kepada ALLAH.
Islam tidak membezakan antara orang berilmu agama atau sebaliknya kecuali ketakwaan kepada ALLAH. Bertakwa ialah melakukan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangannya.
Kamu perlu berhikmah menyedarkannya walaupun kesilapan itu dari kamu atau si dia. Sentiasalah memulakan salam ketika bertemu. Timbul perasaan kurang mesra selepas menjalinkan kembali hubungan adalah perkara biasa.
Kesilapan besar yang telah kamu lakukan ialah mengaitkan antara orang berpelajaran tinggi agama dengan orang yang jahil. Jika si dia tahu, sudah tentu perkara ini menjadi lebih parah. Seolah-olah orang jahil boleh melakukan apa saja. Sedangkan orang yang berpendidikan agama tidak patut melakukan kesilapan walau sekali!
Jangan diungkit lagi perkara itu dan sentiasalah muhasabah diri. Mungkin ada kesilapan yang mengguris hatinya menyebabkan dia mengambil sedikit masa untuk melupakannya. Bersyukurlah jika si dia sudah mula bertegur sapa. Jangan bersangka buruk kepadanya ketika dia sedang melupakan segala peristiwa yang telah berlaku.

Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,

عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai. dan menghapuskan dosa.
Daripada hadis –hadis di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari.
Antara faktor-faktor yang saya dapat lihat terjadinya perselisihan faham yang terjadi di pejabat ialah :-
1) Keluar lunch sendirian, tak ajak kawan & bagitahu kawan karib
2) Bergayut di telefon terlalu lama yang menyebabkan ada rakan-rakan yang marah
3) Mengambil barang-barang peribadi & alat tulis sahabat yang dibelinya tanpa kebenaran beliau
4) Cemburu dengan penampilan sahabat atau pakaian berjenama yang dipakainya
5) Saling mengumpat keburukan sahabat yang lain sehingga perkara yang diumpat itu sampai ke telinganya semula
6) Politik pejabat- saling menjatuhkan sahabat dengan cara yang dilarang oleh agama iaitu suka mengapi-apikan pihak atasan kononnya sahabat kita ni x pandai buat kerja & sebagainya
7) Asyik mintak/ambil rokok kawan setiap hari tapi nak beli sendiri malas sbb kononnya dalam proses nak berhenti merokok
8) Suka berhutang duit tapi bila time nak bayar terlalu kerap bagi bermacam alasan yang x relevan
9) Bercakap perkara-perkara yang tidak disukai oleh sahabat kita walaupun ianya dah ditegah berulang kali
10) Suka bercakap lucah atau suka melakukan gangguan seksual kepada rakan sekerja wanita
11) Suka membandingkan harga kosmetik berjenama yang dibeli dengan jenama biasa yang dimiliki oleh sahabat kita
12) Suka bercakap besar & suka meninggi diri dalam setiap perbualan sehingga menimbulkan kebencian kawan-kawan
13) Terlau suka mengambil tahu hal-hal peribadi sahabat (rumahtangga) pada setiap masa & hari
14) Suka bergurau dengan cara yang agak kasar seperti suka menepuk-nepuk kepala & belakang sahabatnya walaupun tanpa niat untuk menyakitkan sahabat
15) Bila bercakap suka menjuih-juih bibir, perli-memperli sesama sahabat sambil menunjukkan jelingan & riak muka yang tidak menyenangkan
16) Suka menyebarkan fitnah kepada kawan-kawan sepejabat hanya kerana tidak sependapat dalam sesuatu perkara yang dibincangkan.
17) Suka mengambil kesempatan atas kesusahan yang dialami oleh sahabat yang lain.
Kesimpulan & penutup
Bermaafan lah sesama kita pada setiap masa, buangkanlah segala sifat tercela yang ada dalam diri masing-masing..cari kesalahan diri kita terlebih dahulu sebelum kita mencari kesalahan orang lain. Bermuhasabahlah pada setiap waktu demi mencari keredhaan dariNYA. Buang yang keruh & ambilah yang jernih, cuba kenang2kan & fikir2kan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh sahabat kita pada kita pada suatu masa yang lalu. Setiap permasalahan yang yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya.

Wednesday, April 17, 2013

:: WordLess Wednesday #2 : Don't judge a book~ ::

 hijau kuning darahku..
negeri Kedah negeriku...

:: WordLess Wednesday # Cari Mood? ::


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan..

What's new??

~sweet Riben's~